Saturday, September 11, 2010

Zapato Del Barco.


Limited edition.
terbaik.

Masih Bertapak.

Selamat Hari Raya maaf zahir & batin aku ucapkan kepada semua
yg mengenali aku.Aku mohon kemaafan sekiranya melakukan kesalahan.
Maklumlah aku ini manusia biasa yg melakukan kesalahan.

Sudah lama aku tak update blog dan terasa rindu pulak utk menulis entri
-entri yg menarik.Now aku sangat busy dgn persiapan SPM.Aku sendiri
semakin gelisah hati bila memikirkan SPM.Apa-apa pun
aku ingin buat
yg terbaik utk my future.


Sekali lg aku ingin ucapkan selamat hari raya.

Friday, June 25, 2010

Everbody's Changing.

Sudah lama tidak update.Rasanya byk yg ingin diluahkan.
Tapi buah fikiran masih tidak keluar dan hanya ini sahaja yg
aku mampu tulis buat seketika.

Tenang dan terus tenang dapat diungkapkan.Semakin hari semakin
melupakan kisah lama yg berlalu.Biarkan saja ia pergi itu yg mampu
dilakukan.Terus terang hati semakin kembali ke pangkal jalan dan
matlamat asal.

Mengaku diri ini hanya manusia biasa yg sering melakukan kesilapan.
Kesilpan mengajar erti kehidupan yg semakin hari semakin rumit.
Terfikir juga bahawa suatu hari nanti mungkin terdesak untuk
mendapatkan sesuatu tapi tak mampu untuk mendapatkan.

Biarkan ia terus berlalu dan pandang ke hadapan.

Monday, May 3, 2010

Retreat! Retreat!

Start.

Catatan konkerit mengikut chapter 3 lalu membuat latihan kasar
2010.Cried out terus menjerit-jerit dan menyebut "This is my tigersuit".
Akhirnya semua berakhir di "Put your dreams to sleep".

Botak Pilihan Terbaik.

Botak memang menarik dan terbaik.

Selesai sudah proses memotong rambut yg kusut ini.
Pedulikan saja kritikan atau benda yg melemahkan semangat
diri utk ke hadapan.

Yang penting aku selesa apa yg aku buat.

Thursday, April 8, 2010

Kecewa.

Sikap yang tak dapat dibendung lagi iaitu penipuan belaka.
Berlatar seorang manusia yang baik tapi bertopengkan setan.
Aku sedar hakikat ini bahawa manusia sebegini memang wujud.
Tapi aku kesal sampai bila manusia ini terus belakon di depan
khalayak ramai.

Berjaya mengaburi mata orang lain memang kau dapat tapi
dengan aku silap utk kau buat.

Sunday, March 7, 2010

Sampai Seru.

Sudah tiba masanya utk aku membuang segala nafsu yang
menguasai diri.Sedikit demi sedikit telah berjaya aku pertingkatkan
ibadat kepadaNya.Insyaallah akan berhasil.

Aku dapat rumuskan segalanya terletak pada diri sendiri iaitu samada
mampu mengawal nafsu atau sebaliknya.Mungkin selama ini nafsu
syaitan berjaya menusuk di hati disebabkan persekitaran lampau yg
agak sukar utk ditafsirkan.

Coming future.

Thursday, January 7, 2010

I?m Ok.

Semakin hari semakin terasa lumrahnya.Aku semakin tenang dan
rasa yakin dengan langkah yang aku telah buat.
Aku perlukan
perubahan demi masa depan aku.Aku perlu
tanam sifat-sifat yang
aku rasa aku memerlukan.


Bagi aku tiada seorang pun yang mampu mengubah diri
kita melainkan diri sendiri yang hendak berubah.Contoh
di depan mata kasar sudah jelas bagi aku.

Alhamdulillah. :)

Sunday, December 27, 2009

Azam Baru.

Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk tahun 2010.Aku pasti
semua orang akan menanam azam baru.Bagi aku pulak tahun
2010 tahun melangkah ke arah kecemerlangan diri sama ada
dari segi pelajaran atau akhlak diri.haha

Maklum sahaja aku akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan yang pasti aku perlu membuat langkah yang drastik utk berjaya.
Aku rasa azam yang kedua bg aku amalan menabung yg 6 tahun
aku sudah lupakan.2010 mesti aku menabung.haha

Selamat jalan 2009 aku yg agak mengecewakan bagi aku.Tapi
itu semua datang dari aku jugak.Mulakan bismillah tahun 2010.

Amin.

Thursday, December 3, 2009

Idaman Hati.


Sudah ditemui di pasaran Malaysia dan tidak sabar hendak memilikinya.
Namun,yg pasti kena membuat tempahan dahulu sebelum dapat.
Insyaallah akan dapat menyarungnya di kaki jugak.haha

Bila Berdebat Ini Berlaku.

Semua orang di dunia ini mempunyai buah fikiran yg lain-lain.
Itulah keistimewaan yg maha penciptaNya.Semua benda yg
berlaku di dunia mesti mempunyai sebab atau munasabah yg
tertentu. Sama ada kita mengetahui sebabnya atau tidak sahaja
yg membezakan.

Bila kita berbincang sesuatu isu iaitu tak kira perihal politik atau
kewangan dan sebagainya mesti mempunyai dua pihak yg bertentangan
iaitu yg setuju dan tidak setuju.Namun,yg pasti majoriti yg banyak
mesti menang.Tetapi yg menang pun tidak semestinya betul.Lihat
sahaja negara kita ini sudah cukup utk dinilaikan semua itu.

Persoalannya bilakah negara ini hendak menuju ke satu jalan yg
terbaik dan bersatu hati rakyatnya?

Ak pun tidak terlalu memikirkan benda ini sangat tapi mungkin
satu hari nanti ia akan berlaku jugak dgn sendiri.Fikirkan masa
hadapan negara dan rakyat kita 10 tahun akan datang mungkin
ketara bezanya.

Gunakan segala yg dianugerahkan utk melakukan kebaikan dan
bukan utk melakukan kejahatan.

Letter From Geiko.

Perancangan yg musnah akibat sikap dan perangai yg terlalu
mementingkan diri sendiri dan angkuh menyebabkan tiada jalan
penyelesaian lantas merugikan diri sendiri.