Atas bumi yang engkau pijak engkau menyombong
dibawah langit yang engkau junjung engkau bongkak
engkau tuding telunjuk ke arah orang yang memberi engkau makan
atas telunjuk jari engkau memfitnah
dan atasnya juga engkau sumpah seranah
Tetapi jari jemari engkau bukan hanya satu telunjuk itu sahaja
kala satu telunjuk engkau menggodam orang
namun tiga lagi jemari engkau menuding balik kepadamu
menyeranah dirimu sendiri sebagai pengkhianat
Tidak pandaikah mengenang budi?
sudah diberi betis mahunya paha
Sesudah paha lagi mahunya apa?
haha
Aduh sakitnya hati mahu sambung kata kata
logiknya manusia begini dinyahkan ke india.
baru dia tahu betapa tanah berbara
baru dia tahu betapa langit menurunkan hujan hujan petir
setiap hari berperang
berbunuhan sesama sendiri.
itulah manusia celaka.