16 tahun bagi aku satu tahun permulaan utk menjadi lebih
matang atau matured.Bagi aku itu tahun paling penting
utk menjadi matang.Tapi bukan semua yg kita akan dapat
pada umur itu dgn sekali gus.
Kita bermula dari sikap atau tingkah laku iaitu tidak lagi
keanak-anakan atau lebih senang tidak lagi kanak-kanak ribena.
Tapi masih ada jgk umur 20-30 tahun yg masih tidak matang dan
masih lagi melihat kartun-kartun doraemon dan etc.
Aku berpendapat tidak ada seorang manusia di dunia ini
matang dari segala-segalanya melainkan mereka mempelajari
dari sesuatu itu.
Perspektif matang ini terlalu banyak merangkuminya dan
terlalu subjektif utk dikatakan kerana tiap-tiap manusia
mempunyai pemikiran yg berbeza.
Contohnya ada orang yg matang dari segi pemikiran
iaitu fikir ke hadapan dan ada jgk matang dari segi pergaulan
iaitu mereka lebih mesra dan caring dan ada jgk yg matang
dari segi keterampilan.
Sebenarnya terlalu banyak utk dinyatakan perihal matang ini.
Yg pasti kita semua akan mengalami benda yg sama dan cuma
faktor bila dan bagaimana yg kita tidak ketahui.